Saturday, September 8, 2012

Kau FLEKSIBEL!!

Salam sekalian alam...

ungkapan ayat "waaaah, berhabuk sudah blog ku ini" seakan tidak sesuai lagi untuk blog nie..
....................."macam dah reput je blog aku nie!!" lebih sesuai, mungkin..........
WHO KNOWS??

beberapa menjak ini aku dikelilingi dengan persoalan, peristiwa, keluhan, pandangan, dan luahan tentang CINTA...agak menarik topik kali nie!! tapi, aku sendiri tak tahu di mana akan ada akhirnya. kalian juga (yang belum nikah) pasti tiada jawapan yang tepat.bukan??

cukup.cukup.cukup...itu sahaja untuk muqadimah kali ini

tuntutan naluri~ setiap manusia tidak terkecuali untuk memilih, dan menjadi seorang yang sangat memilih..hatta, semasa kita tidur lena sekalipun, kita akan tetap memilih akan posisi kita semasa tidur. 

jadi, ape plak kaitan penyakit CINTA dengan MEMILIH?? 
OK cam nie..fitrah manusia mahu disayangi dan menyayangi. dan suka kepada sesuatu yang cantik. lelaki mahu gadis cantik~gadis mahu lelaki kacak...mudah kan.

tapi, ade pulak suara-suara yang nyaring menyatakan..."kalau nak yang cantik je, yang tak cantik tu nak letak mane??" DAN "pilih yang kacak je, yang tak kacak tu pegi kemane??"....mudah je jawapannye!!



CANTIK dan KACAK ni adalah perkara subjektif...tafsiran untuk definisi cantik dan kacak adalah berbeza-beza bagi setiap manusia...cantik bagi anda, mungkin tidak bagi kawan anda~kacak dari pandangan awak, mungkin tidak pada orang lain..tidak kira lah berapa sempurnanya seseorang yang kalian  anggap kacak atau cantik, pastinya akan ada kekurangan pada dia dari pandangan orang lain. 

DONE!! mudah bukan...


oleh sebab itu~~aku lebih memilih yang FLEKSIBEL!! who knows, right??
sekian...


Wednesday, June 27, 2012

selamat mencuba!!

salam semua...
saki-baki penghujung semester kebiasaannya akan membuatkan pelajar seperti saya menjadi semakin sibuk~~tapi penuh dengan KERINDUAN!!

5W1H~~
Apa??
Siapa??
Bagaimana??
Kenapa??
Dimana??
Bila??

Monday, June 4, 2012

kesanya sang AMARAH

Salam semua...

masih dalam usaha menjayakan kerja kursus Pengajian Islam dan Pengajian Malaysia. Namun sekali lagi otak aku hampir saja membatu~~jadi, keputusan berehat diambil..

REHAT SEBENTAR BERSAMA LAMAN SOSIAL
*senyum chumel*

tetibe terase cam nak merepek plak kat sini~~jadi kali ni nak kongsi satu cerita..
ia berkaitan dengan...
=PAKU & DINDING=


aku nak kongsi cerita nie sebab ia sangat berkaitan dengan persekitaran hidup aku. Memang benar, aku adalah individu yang dilahirkan dengan sifat~AMARAH TERLAMPAU~ramai diantara kenalan aku yang tidak mengetahui hal yang sebenar akan memandang sinis akibat dek sifat amarah aku ini. Bukankah sering kita membaca atau mendengar tentang pendapat masyarakat bahawa...

APABILA SESEORANG ITU MEMBUAT KESILAPAN HATTA SEKECIL HAMA, PASTI AKAN DIINGAT HINGGA KE LIANG LAHAD~NAMUN WALAU SETINGGI GUNUNG PUN, KEBAIKAN YANG DILAKUKAN ADALAH AMAT SUKAR UNTUK DIKENANG.

kome rase laa kan, kenyataan nie boleh di terime ke?? 
~~pejam mata, tanyalah minda~~

PAKU ngan DINDING nie cite dye cm nie..

(cite baru nak mule nih..hehe) 

si A adalah seorang remaja yang aktif. suka bergaul dan melakukan segala yang dilakukan oleh remaja lain. Namun, si A mempunyai satu sifat yang buruk iaitu AMARAH TERLAMPAU. Apa sahaja atau sesiapa saja yang dirasakan tidak kena padanya pasti menerima cacian dan makian. Bukan sahaja dengan rakan, malah dengan saudara sendiri adalah lebih lagi. Walaupun begitu, jika si A merasakan dia sudah tersalah memarah atau terlebih memaki, dia akan segera memohon maaf dan meletakkan dirinya serendah-rendah manusia. Mungkin ini saja kelebihan si A...tidak segan untuk meminta maaf andai dia sedar kesalahannya. Suatu hari seorang ayah mendapat teguran daripada pihak sekolah berkenaan sifat ketidaksabaran dan panas baran anaknya  (si A) di sekolah. 

......dipendekkan cerita......

Lantas pada suatu hari yang dirasakan sesuai oleh si ayah, lalu dipanggilnya si A untuk berborak dengannya...si ayah bertanya pelbagai soalan kepada si A dan pelbagai topik diborakkan mereka. Setelah lama berborak, si ayah menyuruh si A mengambil perkakas menukang di dalam rumah. si A menurut arahan si ayah lalu diserahkan perkakas itu. si ayah kemudiannya mengeluarkan sebungkus "paku batu" dan penukul lalu diberikan kepada si A. Dengan penuh persoalan dan rasa ingin tahu, si A segera bertanya kepada si ayah tujuan diberikan paku dan penukul tersebut. si ayah tidak menjawab dengan jawapan sebaliknya menjawab dengan soalan. "A, dalam sehari berapa ramai orang yang kamu marah, yang kamu tengking??". si A menjawab dengan hanya mengangkat bahu dan menggeleng kepala. 

"mulai hari ini, setiap dari seorang yang kamu marah..ketukkan sebatang paku pada bulatan di dinding ini." kata si ayah... "dan setiap kali kamu meminta maaf dan dimaafkan, cabut satu darinya." ini menambahkan lagi kekeliruan di hati si A. 


Keesokan harinya, si memulakan kehidupan sepeti biasa...dan pada hari itu dia mula memaku dinding itu dengan mengikut kekerapan AMARAH nya..pada hari berikutnya juga begitu..sehinggalah ruang bulatan pada dinding itu tidak boleh dipaku lagi.


sesudah itu si memberitahu si ayah bahawa bulatan pada dinding itu sudah tidak dapat untuk dipaku lagi...si ayah dengan tenang mengajak si A untuk duduk bersamanya..lalu si ayah bertanya "kenapa bulatan pada dinding itu sudah tak boleh dipaku??".
si A lantas menjawab yang bulatan pada dinding itu telah dipenuhi dengan paku dan kesan-kesan darinya.

si ayah kemudiannya berkata kepada si A..."nak, cuba kamu bayangkan paku yang kamu ketuk pada dinding itu adalah AMARAHmu~bulatan pada dinding itu adalah hati orang-orang yang telah kamu marahi selama ini~dan, sebahagian dari paku yang telah kamu cabut pula adalah tanda maaf dari kamu."

                                                                                  

"lihat padanya, walaupun paku yang diketuk telah dicabut, namun KESANNYA masih ada!!"
kini barulah si A mengerti maksud si ayah menyuruhnya memaku pada dinding tersebut.

Mulai dari hari itu, si A berazam untuk menjadi lebih bersabar...walaupun mungkin tiada orang yang perasan dengan perubahan si A....kan slalu kite dengo orang kabo..Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan...atapun...Kita merancang, Allah juga merancang...namun, perancangan Allah adalah lebih sempurna.

jadi, setakat nie je laa yang aku nak cite..mate pun dah pedih semacam je nie~~
wassalam.....caw-chin-caw!!

p/s:cerite nie adalah dari kisah yang bercampur-campur...dan sedikit tentang aku.

Friday, May 25, 2012

D.I.A.M = diam

Semalaman menghadap komputer riba yang dicabut sel keringnya, konon dapat memanjangkan jangka hayat sel kering tersebut. Terlelap sebentar akibat terlalu mengantuk (tak dapat ku tahan jebat!!). Bangun semula di pagi hening untuk meneruskan perjuangan dihadapan komputer riba ini.

carian google berlari pantas meneroka maklumat-maklumat yang ditaip~~"implikasi perlaksanaan hudud"~~"hikmah perlaksanaan hudud"~~"perbincangan tentang hudud"~~"perkara 152 perlembagaan malaysia"~~"perbincngan isu bahasa kebangsaan"~~dan "winamp download" =_=

kemasukan input-input baharu yang tidak henti-henti ini membuatkan seketul otak yang dibekalkan bersama akal fikiran menjadi seakan Keras Membeku. Kalis Air. Kedap Udara dan sebagainya. 
hadoii~~~

Seperti biasa, pembacaan aku dari pautan-pautan ini lazimnya akan ada percanggahan pendapat. Dan disitu timbulnya pelbagai persoalan baharu. Menambahkan lagi persoalan-persoalan yang telah sedia ada.

logik ke dia buat cam gitu?? patut ke aku buat cam gini?? mane boleh kau cakap cam gitu??
kau sepatutnya buat cam gini~~kau kena betulkan ayat kau tu~~mustahil laa~~arrrrrghhh!!

kehidupan manusia memang akan selalu begini dan begitu. Tatkala pemahaman dan pertuturan sering disalah erti. Sememangnya aku manusia yang tak akan berdiam diri pabila berhadapan dgn pandangan pandangan seakan ini. Biarlah sehingga mati akal~aku akan laungkan hujah hujah ajaib ini..

lilex jap..benti dr menaip ngn perasaan ingin mencarut~~

*otak aku sebenonye dah penat gile nie~~asik dok mikio acane nk buat aseimen Pengajian Malaysia...senang je sebenonye~~cumenye biawak2 sengal tu x nk bg komitmen..tu yang jadi payah tu..ade yang rajin.tersangat laa rajinnye pulak..nk wt sensorang, aku pn nk pandai jgak bro..skng nie yg ko tulis satu hapah pn aku x paham la sia~~aku taw ko senior, tu sbb aku panggil ko "abg"...(sebetulnye nk bagi aku nmpak tersangat laa mude dari ko..hahaha)

tp xpe...td aku da melepakkan diri ngn membe aku~~cm biase, kate nasihat kompom di baginye, maklum laa..org tue kaaaaann~~(ijoi laa, sape lagi) hahaha...

kesimpulannye~~

kome kompom bosankan kalau dah bace sampai sini.....MEMANG TU PUN TUJUAN AKU!!!
biar kome pun rase acane tahap kebosanan terlampau aku kat sini....xcaye??? ce bace balik tajuknye~~~



Monday, May 7, 2012

si POLAN menepuk bahu........lalu salam "BERISI"

salam SEMUA......

    Tidak dapat dinafikan pandangan dan buah fikiran setiap manusia adalah sangat berbeza-beza dengan yang lainnya. Sejauh mana kita berfikir mengenai sesuatu topik, dan sejauh mana kita menyampaikan kesimpulannya, pasti akan ada percanggahan pendapat diantara kita.

KERANA DIA MENGIKTIRAF AKAL DAN MINDA KITA SEBAGAI SEBAGAI HAMBANYA YANG DICIPTAKAN DENGAN SEBAIK-BAIK CIPTAAN

    Secara sopannya, yang tua kita hormati, yang muda kita kasihi. ABANG-ABANG selalunya akan melakukan sesuatu yang dirasanya betul. Sejurus dicontohi dan diikuti oleh SEBAHAGIAN ADIK-ADIK nya. Lalu SEBAHAGIAN yang lainnya merasakan tindakan mereka sangatlah bercanggah dengan yang sepatutnya. Permohonan maaf dipandang serong akibat ketaksuban terhadap manusia yang kononnya SANG PENGUASA!!! 

!!!KAU!!!
JANJI TELAH DIIKRAR///SUMPAH TAAT TELAH DILAFAZ

~yang kononnya~
...berpaksikan kalimah itu...

Aku dah kabo...PENGALAMAN MEMATANG DAN MENDEWASAKAN FIKIRAN...

    Sekarang kita tidak lagi sependapat~kau pertahankan penguasa yang hanya memperalatkan bilangan daripada kita, kekuatan kita. Aku bukan lagi dengan pemikiran yang kau tanam sejak dari dulu. TEGAS DENGAN PENDIRIAN SENDIRI. Aku tidak lagi fikir itu betul, pelbagai pembohongan dapat aku rungkaikan. Namun begitu, aku tetap menghormati kau sebagai ABANG dan kau sebagai GURU.

~KITA ADALAH BERSAUDARA~

ini yang diajar bukan??


Saturday, March 24, 2012

Perlu Berubah!!! Tapi, Mampu ke??

salam semua....

Kitab Ter-faktab (fucked up) telah usai aku faktabkan dalam satu hari, dan aku cuba untuk mengfaktabkan sedikit sebanyak pengisiannya didalam kamus hidup aku agar perkara yg sangat faktab itu dapat aku rungkaikan dengan menggunakam intonasi fikiran aku sendiri...

sangat banyak persoalan yg diajukan oleh minda kosong aku ini pabila Kitab Terfaktab tiba pada mukasurat terakhir tanpa aku pasti apa jawabnya bg persoalan itu...

banyak juga jawapan yg aku dapat.....tp, tiada persoalan bg jawapan yg aku peroleh..

kesimpulan-kesimpulan kecil~~pelbagai yg dpt aku rumuskan dari Kitab Terfaktab...


dalam kehidupan yg serba nais ini pastinya akan tercetus pelbagai masalah. tak kira besar atau kecil. melibatkan individu lain . masyarakat . keluarga . atau DIRI SENDIRI .


Saturday, March 10, 2012

ILMU DAN AMAL

Assalamualaikum...

kome pernah tak dengar @ baca @ tahu tentang..
~ILMU DAN AMAL??

Dua perkara ni mmg sangat penting dalam kehidupan kita...

Semalam lpas aku blek klas..g solat jumaat..cm biase aku lambat..
tak sempat nk mandi..cume tukar baju je...berseluar jeans..berselipa..
sampai masjid amik wuduk..duduk..dngr khutbah..

mate da ngntuk giler
~~TAPI TETAP KU TAHAN JEBAT~~

maka..aku pun terpandanglah kpd satu makhluk nie...

duduk sama2 dngar khutbah..lebih khusyuk dan tawaduk berbanding aku~~mungkin~~

melihat pada pemakaian beliau membuat aku teringat kata2 ABAH dan pembimbing2 aku...

~~MANUSIA YANG BERAMAL TANPA ILMU = JAHIL~~
~~MANUSIA YANG BERILMU TANPA AMAL = SIA-SIA~~

*mungkin kurang tepat, tp inilah yg aku faham.

aku tak tahu kt mne silapnya yang membuat individu berkenaan berkeadaan yang amat NAIS didalam rumah-Nya yang maha mulia..

~~berfikir~~
mcm nme la agaknye ahli rumah aku yang lain?? dan mcm mne la dgn diri aku sendiri??

KOME PULAK MACAM MANE??

wassalam....



Friday, March 2, 2012

~~SEKARANG~~

Assalamualaikum...

suasana di sekaliling aku sekarang tidaklah banyak perbezaan dengan masa lalu..hanya terdapat sedikit perubahan budaya yang aku alami, juga popular digelar..
"culture shock"

Perkara yang sama terjadi apabila aku, kau ataupun kite, berhijrah ke suatu zaman yang baru..
dpt kawan, pengalaman, masalah, ilmu dan semangat yang kesemuanya baru-baru belaka..

aku juga dapat duit yang baru(=_=)~~~~hohohohoho..
~~KAU ADE~~

kosmet aku x bape ramai sangat, 10 org je...jd senang laa aku nk kenal deme..
masing2 ade perangai yang tersendiri~~termasuk aku.

bermula dgn "A" iaitu...
Abdullah Azzam@ABAM...punyai karekter yg ala2 cool.mystery person..aktib dlm mem-PARKOUR-kan diri.

Amirul Syafiq@SEMANGAT!!...punya keyakinan yang jitu!!semangat itu adalah SEMANGATNYA!!*taip dgn penuh semangat nie*........ kengkadang menyetan gak la aku ngn dye nie..hahahah...tp, dye ttap kosmet aku..sbnrnye dye sangat jaoh lebih baik dr aku..ini fakta!!

Fateen Zaki@PATEN...seorang yang kurang bercakap (bkn pendiam ye)..skali dye ckp alaaaaaahhhhh~cute je sore dye...

Janagi@JANAGI...always speaking LONDON..mule2 knl dulu senyap je dye..skng nie hambek kau..bekilo-kilo gelaknye....duit ptptipu dye dh selasai dh..hahaha..gilak lah..

...seterusnya ialah...

Mohd Mukhlis@IJOI....turut pemes dgn pnggilan Abg Long(sbb paling 2e)...org NOGORI..slalu bwk geng kitowng "besia-sia"...kini menjadi penagih "RunningMan"..haha (abam adalah pengedar)..

Mohd Taufiq@TOPIQ...seorang yg berfikiran dan berkelakuan agak matang...paling x best cakap dlm tepon ngn dye..haduuuuii~~cm nk tido asenye..

Norida@IDA....mek klate, mle2 aku pangil dye "mek"...tp dye mcm x ske..jd aku x pangil da nme tu...agk manje gak dye nie..mudah trase..jd,aku kne sangat berhati-hati ngn dye nie..

Tharshinie@TASHINIE...gadis india yg bersahaja..pakar dlm b.i sbnrnye..sje mlas tunjuk..pape hal pn dye sedang2 je..x bnyk yg bley dikomen pashye dye nie...hehehe

Akhir skali...

Umie Nadirah@UMIE...bdk kecik yg ohsem..sering meng-URBAN-kan diri..mcm kasar..tp xde la sekasar mne..bak kte IJOI "she still a girl"...pernah satu ketika tu~abeh satu class di-preng-nye..adohai la umie..

jd, lengkaplah sudah kosmet aku yg serba baru skang nie..

Suasana dgn mereka mencambahkan buah fikiran aku utk menjadi semakin kreatif dan kritis dalam memikirkan sesuatu "keadaan" serta mencari penyelesaian masalah dgn lebih teratur. Pengalaman sememangnye telah memberikan setiap daripada kita sesuatu yg sangat berharga. Hanya terpulang kepada kita untuk mengadaptasi setiap pengalaman yg dimiliki bagi menujah arus kehidupan yg mendatang. Kepekaan terhadap situasi sekeliling bakal membawa suatu perubahan terhadap pemikiran kita..
~lihat~dengar~faham~tafsir~



wassalam



Tuesday, February 28, 2012

SPACE of DIGNITY

Tempat tinggi sememangnya memberikan suatu perasaan yang sangat menenangkan. Bila berada di tempat seperti itu, baru aku teringat…..suatu masa dulu…………

Mase kecik2, atas pokok adalah antara tempat landing peberet aku….mase ade kt atas pokok tu, memang aku ade ase sesuatu yang pelik, tapi aku sendiri x taw pe bende tu .....maklumlah~~mase tu blom cukop umo lg…..

skang..aku telah di temukan dgn tmpat yang hampir serupa dengan keadaan diatas pokok tadi.

~ROOFTOP~

baru skarang aku mula faham akan perasaan yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu.

perasaan itu sememangnya sangat diperlukan oleh setiap insan.

Tp keadaan disini agak berdeza, klau dulu mase kat atas pokok aku cme akan dngar suare2 rakan sepermainan yang menjerit, melolong, gelak ketawa………..menangis

Dan hanya melihat mereka berlari, terloncat-loncat, jatuh, kejo-mengejo………………bergaduh

..................Kat sini~sekarang nie………….

aku hanya dpt mendengar bunyi yang membinasakan..deruman enjin yang membosankan……dan aaaaaarrrrrrrrrrhg!!! Bas Seranas pun lalu…………

Sambung balik~~

Ape yang dapat aku lihat disini hanyalah puluhan besi yang bergerak, tasik yang keruh, dan tumbuhan batu yang hampir memusnahkan dedaun yang menghijau..

Angin agak kuat skng nie…

Walaupun ada kekurangan pada tempat ini, ianyan tetap memberikan aku perasaan yang sama semasa berada di atas pokok….malah disini aku dapat berfikir tentang banyak perkara yang mungkin aku tak dapat fikirkan di tempat lain..

Dan aku terpandang akan suatu panorama yang cantik!!


banyak perkara yang membebankan terasa kurang apabila berada ditempat seperti ini..

WASSALAM....


p/s: aku taip ini kelmarin, tp x sempat nk post sbb terlalu buzzy....

Tuesday, February 14, 2012

..................Aku Selalu Lupe!!

Ape yang aku taw, aku mmg memilih kawan.....................
Tp, aku x pernah segan nk menyape org.....bley kate aku nie MESRA ALAM la gak.

banyak bende yg slalu aku buat, aku lakukan ikot suke aty aku je...dan pe yg aku ase btoi........
kerana itu, aku selalu wt org len sket aty.....tp, bkn mksd aku nk saketkan aty sesape.......


.............dan masa terus berlalu............
~pelbagai pengalaman membuat aku lebih dewasa~
..........peredaran masa..........
~membuat aku berfikir dgn lebih matang~


seorang SAHABAT menjadi tempat rujukan dan memahami hampir setiap permasalahan TERAMAT berguna dalam kehidupan aku sebagai MANUSIA MUDAH LUPA!!!


kehidupan baru aku mulakan dengan mencipta watak yang baru.............berfikir menggunakan HOTAK sebelum membuat sebarang tindakan....setiap tindakan itu harus bersesuaian dgn situasi sekeliling..


tp, setiap manusia punya pendapat yg berbeza~~tak mungkin aku sentiasa dapat memenuhi setiap kemahuan masyarakat sekeliling..

berpesan utk diri sendiri~~TAK SEMUA YANG KAU LAKUKAN AKAN DAPAT SOKONGAN~~


seseorang pernah berharap supaya aku lebih bersabar dgn setiap perkara yg tidak langsung aku suka...

penyelesaian yg terbaik wt mase skang adalah melupakan setiap permasalahan yg terjadi......tp, mampu ke aku lupakan bende cm tu??
~~BERFIKIR~~



ada pandangan tragis terhadap usaha yg aku lakukan untuk membuat org lain lebih mudah....tp knp perlu terjadi perkara sebegitu??persoalan yg cuba aku rungkaikan menggunakan KEPALE HOTAK aku nie....
~~TIADA JAWAPAN JITU~~


siapa yg mahu menanggung bebanan sebegini...........pasti tiada!! kesalahan ini pasti akan ditundingkan kepada pihak lain!!!

jadi, perlu ke fikirkan sangat kesenangan org lain jika suatu masa nanti aku sendiri akan peroleh kekesutan???
~~MASIH MENCARI KEPASTIAN~~



WASSALAM...

Friday, February 10, 2012

COBAaN!!!

Assalamualaikum…..

Hari nie aku nak merepek lagi….sape nak taw pe yg nak aku merepekkan…emmmm…kne la bace…HARUSLAH kaaaaaaaannn….=_=

Dalam hidup aku nie tak banyak bende yang best2…contohnye mcm satu ari nie~~


plannye pagi2 nak gi Sg. Besar (walaupun takde sungai yg besar kat situ), peh tu nak g jumpe klasmet mase Form6 dulu (kebetulan ade bday-gurl plak), peh tu gi umah kak A-an, peh tu jumpe Jannah (yg nie cun) hahahahaha ...





tapi...... masalah timbul bile ABAH bawak kunci kete gi meNGOPI kt kdai pepagi tu…adus!!



Seterusnye, aku pun dengan rase serbe salahnye~~

lalu menalipon la akan sahabat baik yg tengah menunggu aku tak kunjung tiba…eceh!!mcm madah dahulu kale le pulok…

Dah tu aku kabo le kt dye pashye kunci kete xde…penyudahnye kami pon pegi la bedue nek moto AJAIB beliau. Tak jd gi Sg. Besar pun…tros je g Simpang 4….

Mase OTW nk g tu..tetibe je sahabat aku nie dok tunjuk2 kt suatu jalan yg sangat aku KENAL dan tak akan aku LUPE!!!

*seperti jalan berpuake!!

sesampainye kami di Simpang 4, konon2nye nak cari cake, tapi xde~~

…gi plak Hutan Melintang…ADE!! Happy Angle kabo kome..peh tu, *kating2 duit ngan sahabat aku tu, beli le kek satu..ktowang jumpe kat KFC "Hutan" tu…

Cume sembang2 kosong…pastu tibe la masenye utk seleberet beday membe ktowang nie…aku pn KONON-KONONnye bwk kek klua dr blakang sambil nyanyi

~~Happy besday to u~Happy besday to u~~…….sampai ayat last skali aku tersalah sebut name…hadoi~

*aku harap takde yg perasan

Lepas selesai ngan klasmet,aku ngan sahabat aku tu pun dgn senang hatinye bawak moto tros je menuju ke sabak…singgah mejid jap….pastu ktowng gi CC….perang punye perang,hari pun petang…

Ingtkan nk tros balik…tetibe sahabat aku sekor nie nk on9 la pulak….lepak plak kt fud-kod (kat cni dipangil Benting)

Lalu kami pun besembang la lagi…

Pastu sahabat aku pun teringat la yg kami LUPE BANYAK PERKARE!!!

Pertama: LUPE gi umah kak A-an…Ke-2: LUPE gi jumpe Jannah…Ke-3: ….emmmm…lupe la pe nak tulis, hahahaha:-p

Petang tu banyak bende yg bermain dlm pale otak aku nie..banyak bende gak yg aku nk cakap….tp tak terkeluo…hurmmmm..nasib-nasib~~

...Alhamdulillah, hari tu dapat aku akhiri tanpa sabarang kecederaan…


~WASSALAM~

Friday, February 3, 2012

Pengalaman menDEWASAkan meMATANGkan fikiran...

khabar baik aku skarang nie...
kali ni nak story2 cket akan sukadukaPAHITMANISmasammasinMANISPEDAS dalam dunia aku dr kechik sampai sekarang..sebenonye aku sendiri pun kompius nk mule dari mane....


*48 jam seterusnye..............ok~~aku dh tahu...
aku akan mulekan cite dari "sini"....


name aku bermule dari "A" dan tamat dgn "K"..Tahun 2020, mungkin akan menjangkau 29 taon aku da idop...hehehe mude lagi aku....
TIDO sememangnye hobi pebret yang aku cube elakkan..tp....
~KITE HANYA MAMPU MERANCANG, TUHAN YANG TENTUKAN~
takdir menetapkan kau sebagai KUAT TIDO pyan....trime je laa...
(=_=)


SEMUA YANG MENCABAR~~tu mmg kesukaan dan kegilaan aku.....
~nyanyi @ karok lagu nada tinggi melangit sangat mencabar sebenarnye~


Anggun_by_BAU



mase kecik2 dulu~aku memang slalu kene buli...isk.isk...tp, jgn sampai aku mengamok je hahahaha....
*mcm HULK la plak...


zaman yang paling aku rindui...mase kecik2, ade kengkawan sepermainan..rutin harian aku..
-pagi g skola-blek tngok tv @ tido-kol 2 g skola ptg(agame)-blek main ngn memembe kt quarters guru(mak aku kerani skola dulu)....
antara geng2 yang aku ingat: -Amy -Asrap
-Aji -Naim (adik aku)
-Along -Aisyah
-Apit -Sepol (abg aku)
-*ade ramai lg yang aku x dapat nak tulis.....




~Blow Me are Kiss_GIT FRESH~



~~4:20 AM~~

mate dah mule pedih2 cket + ade rase pasir2 cket...




permainan yg menjadi peberet ktowang antaranye:- roundes~baling slipe~kejo-kejo~polis entry..
*slalunye bile main akan ade pergaduhan(kecil-kecilan)

sampai je kol 7:00~ktowang akan otometic benti men dan berambat blek umah...sampai umah aku 3 bradik akan berebut bilik ayo~haha....klau aku lambat dpt bilik ayo, aku akan gne senjate rahsie...<mandi kat paip luo> hahaha..........sangat klaka ble dikenang kembali....
lepas berebut bilik ayo, kami akan belumbe plak umh dptkan basike~utk g masjid~

bile kat masjid plak, kami akan berebut utk dapatkan mic..........

*time aku skola menengah aku skip*

skang aku dah pun blajo kat "SINI"............hidop aku semakin stabil daripada "perkara" tersebut...
tp aku x dpt lari daripada "perkara" tu sepenohnye...defak!!

hahaha.......lpe nak bagitaw...sahabat baik aku
#Mohammad Suhaimi Bin Jahuri#
kau sangat membantu bro~~thanks~~


perlajalanan idop akan diteruskan lagi....semoga aku dapat bertahan dengan DUNIE aku skang....




TAMAT

Wednesday, January 18, 2012

KELANGSUNGAN HIDUP INI

pepatah ade menyebut....HIDUP IBARAT RODA..(mungkin salah frasa, tp mknenye itu la jgk,hehe)




.....terkadang kite sering mendapat kesenangan~~sehingga terlupe akan kesengsaraan yang akan muncul...ntah bile??bagaimane??kenape??
prsoalan2 ini tidak akan terjawab selagi kita tidak berhadapan dgn kesukaran tersebut...





.....terkadang juga, kite kita akan menyalahkan takdir diatas KELEMAHAN kite sebagai suatu CIPTAAN olehNye.....




jadi, kenapa kite perlu mengaitkan perkara yg tak berkaitan langsung dalam sesuatu masalah tersebut???
ini adalah kerana kite~MANUSIA~yang akan banyak melakukan pelbagai perlakuan PELIK





sebenarnye..."kite" itu merujuk pada diri ini sendiri~~~sampai disini sahaja~~









Monday, January 16, 2012

SIAPA SAYA???

Assalamualaikum...ini adalah kali keduanya percubaan aku dalam meneruskan usaha menyimpan cerita2 yg agak menarik yg BAKAL berlaku dalam kehidupan aku bermula dari sekarang....





hahahah.....
aku harap pengalaman lampau tidak akan mempengaruhi....
dalam setiap hal yang BAKAL aku merepek lepas nie......






~~~JADI~~~







MAJULAH AKU UNTUK DIRI SENDIRI!!!!!


.......hahahahahaha......





wassalam....