Friday, May 25, 2012

D.I.A.M = diam

Semalaman menghadap komputer riba yang dicabut sel keringnya, konon dapat memanjangkan jangka hayat sel kering tersebut. Terlelap sebentar akibat terlalu mengantuk (tak dapat ku tahan jebat!!). Bangun semula di pagi hening untuk meneruskan perjuangan dihadapan komputer riba ini.

carian google berlari pantas meneroka maklumat-maklumat yang ditaip~~"implikasi perlaksanaan hudud"~~"hikmah perlaksanaan hudud"~~"perbincangan tentang hudud"~~"perkara 152 perlembagaan malaysia"~~"perbincngan isu bahasa kebangsaan"~~dan "winamp download" =_=

kemasukan input-input baharu yang tidak henti-henti ini membuatkan seketul otak yang dibekalkan bersama akal fikiran menjadi seakan Keras Membeku. Kalis Air. Kedap Udara dan sebagainya. 
hadoii~~~

Seperti biasa, pembacaan aku dari pautan-pautan ini lazimnya akan ada percanggahan pendapat. Dan disitu timbulnya pelbagai persoalan baharu. Menambahkan lagi persoalan-persoalan yang telah sedia ada.

logik ke dia buat cam gitu?? patut ke aku buat cam gini?? mane boleh kau cakap cam gitu??
kau sepatutnya buat cam gini~~kau kena betulkan ayat kau tu~~mustahil laa~~arrrrrghhh!!

kehidupan manusia memang akan selalu begini dan begitu. Tatkala pemahaman dan pertuturan sering disalah erti. Sememangnya aku manusia yang tak akan berdiam diri pabila berhadapan dgn pandangan pandangan seakan ini. Biarlah sehingga mati akal~aku akan laungkan hujah hujah ajaib ini..

lilex jap..benti dr menaip ngn perasaan ingin mencarut~~

*otak aku sebenonye dah penat gile nie~~asik dok mikio acane nk buat aseimen Pengajian Malaysia...senang je sebenonye~~cumenye biawak2 sengal tu x nk bg komitmen..tu yang jadi payah tu..ade yang rajin.tersangat laa rajinnye pulak..nk wt sensorang, aku pn nk pandai jgak bro..skng nie yg ko tulis satu hapah pn aku x paham la sia~~aku taw ko senior, tu sbb aku panggil ko "abg"...(sebetulnye nk bagi aku nmpak tersangat laa mude dari ko..hahaha)

tp xpe...td aku da melepakkan diri ngn membe aku~~cm biase, kate nasihat kompom di baginye, maklum laa..org tue kaaaaann~~(ijoi laa, sape lagi) hahaha...

kesimpulannye~~

kome kompom bosankan kalau dah bace sampai sini.....MEMANG TU PUN TUJUAN AKU!!!
biar kome pun rase acane tahap kebosanan terlampau aku kat sini....xcaye??? ce bace balik tajuknye~~~



Monday, May 7, 2012

si POLAN menepuk bahu........lalu salam "BERISI"

salam SEMUA......

    Tidak dapat dinafikan pandangan dan buah fikiran setiap manusia adalah sangat berbeza-beza dengan yang lainnya. Sejauh mana kita berfikir mengenai sesuatu topik, dan sejauh mana kita menyampaikan kesimpulannya, pasti akan ada percanggahan pendapat diantara kita.

KERANA DIA MENGIKTIRAF AKAL DAN MINDA KITA SEBAGAI SEBAGAI HAMBANYA YANG DICIPTAKAN DENGAN SEBAIK-BAIK CIPTAAN

    Secara sopannya, yang tua kita hormati, yang muda kita kasihi. ABANG-ABANG selalunya akan melakukan sesuatu yang dirasanya betul. Sejurus dicontohi dan diikuti oleh SEBAHAGIAN ADIK-ADIK nya. Lalu SEBAHAGIAN yang lainnya merasakan tindakan mereka sangatlah bercanggah dengan yang sepatutnya. Permohonan maaf dipandang serong akibat ketaksuban terhadap manusia yang kononnya SANG PENGUASA!!! 

!!!KAU!!!
JANJI TELAH DIIKRAR///SUMPAH TAAT TELAH DILAFAZ

~yang kononnya~
...berpaksikan kalimah itu...

Aku dah kabo...PENGALAMAN MEMATANG DAN MENDEWASAKAN FIKIRAN...

    Sekarang kita tidak lagi sependapat~kau pertahankan penguasa yang hanya memperalatkan bilangan daripada kita, kekuatan kita. Aku bukan lagi dengan pemikiran yang kau tanam sejak dari dulu. TEGAS DENGAN PENDIRIAN SENDIRI. Aku tidak lagi fikir itu betul, pelbagai pembohongan dapat aku rungkaikan. Namun begitu, aku tetap menghormati kau sebagai ABANG dan kau sebagai GURU.

~KITA ADALAH BERSAUDARA~

ini yang diajar bukan??