Monday, June 4, 2012

kesanya sang AMARAH

Salam semua...

masih dalam usaha menjayakan kerja kursus Pengajian Islam dan Pengajian Malaysia. Namun sekali lagi otak aku hampir saja membatu~~jadi, keputusan berehat diambil..

REHAT SEBENTAR BERSAMA LAMAN SOSIAL
*senyum chumel*

tetibe terase cam nak merepek plak kat sini~~jadi kali ni nak kongsi satu cerita..
ia berkaitan dengan...
=PAKU & DINDING=


aku nak kongsi cerita nie sebab ia sangat berkaitan dengan persekitaran hidup aku. Memang benar, aku adalah individu yang dilahirkan dengan sifat~AMARAH TERLAMPAU~ramai diantara kenalan aku yang tidak mengetahui hal yang sebenar akan memandang sinis akibat dek sifat amarah aku ini. Bukankah sering kita membaca atau mendengar tentang pendapat masyarakat bahawa...

APABILA SESEORANG ITU MEMBUAT KESILAPAN HATTA SEKECIL HAMA, PASTI AKAN DIINGAT HINGGA KE LIANG LAHAD~NAMUN WALAU SETINGGI GUNUNG PUN, KEBAIKAN YANG DILAKUKAN ADALAH AMAT SUKAR UNTUK DIKENANG.

kome rase laa kan, kenyataan nie boleh di terime ke?? 
~~pejam mata, tanyalah minda~~

PAKU ngan DINDING nie cite dye cm nie..

(cite baru nak mule nih..hehe) 

si A adalah seorang remaja yang aktif. suka bergaul dan melakukan segala yang dilakukan oleh remaja lain. Namun, si A mempunyai satu sifat yang buruk iaitu AMARAH TERLAMPAU. Apa sahaja atau sesiapa saja yang dirasakan tidak kena padanya pasti menerima cacian dan makian. Bukan sahaja dengan rakan, malah dengan saudara sendiri adalah lebih lagi. Walaupun begitu, jika si A merasakan dia sudah tersalah memarah atau terlebih memaki, dia akan segera memohon maaf dan meletakkan dirinya serendah-rendah manusia. Mungkin ini saja kelebihan si A...tidak segan untuk meminta maaf andai dia sedar kesalahannya. Suatu hari seorang ayah mendapat teguran daripada pihak sekolah berkenaan sifat ketidaksabaran dan panas baran anaknya  (si A) di sekolah. 

......dipendekkan cerita......

Lantas pada suatu hari yang dirasakan sesuai oleh si ayah, lalu dipanggilnya si A untuk berborak dengannya...si ayah bertanya pelbagai soalan kepada si A dan pelbagai topik diborakkan mereka. Setelah lama berborak, si ayah menyuruh si A mengambil perkakas menukang di dalam rumah. si A menurut arahan si ayah lalu diserahkan perkakas itu. si ayah kemudiannya mengeluarkan sebungkus "paku batu" dan penukul lalu diberikan kepada si A. Dengan penuh persoalan dan rasa ingin tahu, si A segera bertanya kepada si ayah tujuan diberikan paku dan penukul tersebut. si ayah tidak menjawab dengan jawapan sebaliknya menjawab dengan soalan. "A, dalam sehari berapa ramai orang yang kamu marah, yang kamu tengking??". si A menjawab dengan hanya mengangkat bahu dan menggeleng kepala. 

"mulai hari ini, setiap dari seorang yang kamu marah..ketukkan sebatang paku pada bulatan di dinding ini." kata si ayah... "dan setiap kali kamu meminta maaf dan dimaafkan, cabut satu darinya." ini menambahkan lagi kekeliruan di hati si A. 


Keesokan harinya, si memulakan kehidupan sepeti biasa...dan pada hari itu dia mula memaku dinding itu dengan mengikut kekerapan AMARAH nya..pada hari berikutnya juga begitu..sehinggalah ruang bulatan pada dinding itu tidak boleh dipaku lagi.


sesudah itu si memberitahu si ayah bahawa bulatan pada dinding itu sudah tidak dapat untuk dipaku lagi...si ayah dengan tenang mengajak si A untuk duduk bersamanya..lalu si ayah bertanya "kenapa bulatan pada dinding itu sudah tak boleh dipaku??".
si A lantas menjawab yang bulatan pada dinding itu telah dipenuhi dengan paku dan kesan-kesan darinya.

si ayah kemudiannya berkata kepada si A..."nak, cuba kamu bayangkan paku yang kamu ketuk pada dinding itu adalah AMARAHmu~bulatan pada dinding itu adalah hati orang-orang yang telah kamu marahi selama ini~dan, sebahagian dari paku yang telah kamu cabut pula adalah tanda maaf dari kamu."

                                                                                  

"lihat padanya, walaupun paku yang diketuk telah dicabut, namun KESANNYA masih ada!!"
kini barulah si A mengerti maksud si ayah menyuruhnya memaku pada dinding tersebut.

Mulai dari hari itu, si A berazam untuk menjadi lebih bersabar...walaupun mungkin tiada orang yang perasan dengan perubahan si A....kan slalu kite dengo orang kabo..Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan...atapun...Kita merancang, Allah juga merancang...namun, perancangan Allah adalah lebih sempurna.

jadi, setakat nie je laa yang aku nak cite..mate pun dah pedih semacam je nie~~
wassalam.....caw-chin-caw!!

p/s:cerite nie adalah dari kisah yang bercampur-campur...dan sedikit tentang aku.

1 comment: