Saturday, September 8, 2012

Kau FLEKSIBEL!!

Salam sekalian alam...

ungkapan ayat "waaaah, berhabuk sudah blog ku ini" seakan tidak sesuai lagi untuk blog nie..
....................."macam dah reput je blog aku nie!!" lebih sesuai, mungkin..........
WHO KNOWS??

beberapa menjak ini aku dikelilingi dengan persoalan, peristiwa, keluhan, pandangan, dan luahan tentang CINTA...agak menarik topik kali nie!! tapi, aku sendiri tak tahu di mana akan ada akhirnya. kalian juga (yang belum nikah) pasti tiada jawapan yang tepat.bukan??

cukup.cukup.cukup...itu sahaja untuk muqadimah kali ini

tuntutan naluri~ setiap manusia tidak terkecuali untuk memilih, dan menjadi seorang yang sangat memilih..hatta, semasa kita tidur lena sekalipun, kita akan tetap memilih akan posisi kita semasa tidur. 

jadi, ape plak kaitan penyakit CINTA dengan MEMILIH?? 
OK cam nie..fitrah manusia mahu disayangi dan menyayangi. dan suka kepada sesuatu yang cantik. lelaki mahu gadis cantik~gadis mahu lelaki kacak...mudah kan.

tapi, ade pulak suara-suara yang nyaring menyatakan..."kalau nak yang cantik je, yang tak cantik tu nak letak mane??" DAN "pilih yang kacak je, yang tak kacak tu pegi kemane??"....mudah je jawapannye!!



CANTIK dan KACAK ni adalah perkara subjektif...tafsiran untuk definisi cantik dan kacak adalah berbeza-beza bagi setiap manusia...cantik bagi anda, mungkin tidak bagi kawan anda~kacak dari pandangan awak, mungkin tidak pada orang lain..tidak kira lah berapa sempurnanya seseorang yang kalian  anggap kacak atau cantik, pastinya akan ada kekurangan pada dia dari pandangan orang lain. 

DONE!! mudah bukan...


oleh sebab itu~~aku lebih memilih yang FLEKSIBEL!! who knows, right??
sekian...


1 comment:

  1. Jiwang nye kau ni! baru aku tahu kau sejiwang ini.. hahahaah

    ReplyDelete